Pada suatu hari, ada seorang usahawan/bisnesman masuk ke sebuah bank di New York untuk membuat pinjaman bank.
Bisnesman: Tuan, saya nak buat pinjaman bank untuk mengembangkan lagi bisnes saya di luar negara. Sikit saja saya nak pinjam. Bagi saya masa 2 minggu, kemudian saya akan bayar semula. Saya nak pinjam 5000 sahaja.
Pegawai Bank: Boleh, tak ada masalah. Tapi tuan perlu mencagarkan sesuatu kepada kami sebagai jaminan yang tuan akan membayar semula wang pinjaman tersebut dalam masa 2 minggu.
Bisnesman tadi pun memberikan kereta Ferrarinya sebagai cagaran. Setelah semua proses selesai, dia pun keluar dari bank tersebut.
Pegawai Bank pun menyuruh pekerjanya untuk menyimpan kereta bisnesman tadi. Berita ini tersebar keseluruh pelusuk bank dan kesemua pekerja2 bank tersebut mentertawakan bisnesman tadi. Tak kurang jugak yang mengutuk bodoh la apa la sebab mencagarkan kereta yang bernilai jutaan ringgit semata-mata untuk membuat pinjaman yang hanya bernilai 5000 sahaja.
2 minggu kemudian, bisnesman tadi kembali dari luar negara dan memulangkan semula wang 5000 yang dipinjamnya sekali dengan interest yang dikenakan oleh bank sebanyak lebih kurang 15 ringgit.
Pegawai Bank: Terima kasih tuan kerana sudi berurusan dengan kami, tapi sebelum tu saya nak tanya skit. Semasa ketiadaan tuan, kami telah menyiasat latarbelakang tuan dan kami dapati tuan merupakan seorang jutajutawan. Sebab apa tuan perlu pinjam 5000 tu?
Bisnesman: Oh, bukannya apa, saya berasa selamat jika memarkingkan kereta saya di bank ini. Lagipun 2 minggu hanya lebih kurang 15 ringgit saja. Kalau saya parking tempat lain, sehari mungkin 2-3 ringgit dan kereta saya belum tentu selamat.
8:40 AM
BANYAK JUGA KETA YANG PARKING KAT BANK KENA BAYO DENGAN SERIBU BILA NAK AMIK BALIK... SYARAT DIA, JANGAN BAYO SAMPAI LEBIH 3 BULAN LEPAS TU BOLE LE PARKING KAT SANA YEA
9:08 AM
yg tu kalau nak pi luaq negara berbulan2 ka.. buleh la buat camtu... ehehe
12:02 PM
tu namanya orang kaya bijak yang kedekut... :)