Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Bagi pengguna email, besanya kalau kita nak attach apa-apa file dalam email kita tu, kita nak kena tekan button "add attachment" untuk masukkan attachment tu dalam email.

Tapi sekarang ni kalau kita guna Gmail, senang ja. Kita cuma perlu bukak folder yang ada file2 kita tadi, pastu buleh drag ja masuk dalam email kita tu.



Ni trailer filem melayu tajuk Haq. Orang putih kata Hulk... :D
Nampak macam hebat ja filem nih, siap dengan power-power...
Trailer dia tulih dalam English, taktau sebab apa... depa nak pasar international kot... ntah la...

Trailer dah best, harap-harap cerita dia pun best...

Blog baru telah dilancarkan. Dah create blog tu 1 April 2010 aritu. Saja diumumkan lewat sedikit untuk ambil masa mengepost sikit2 artikel dalam blog tu... :D

sebenaqnya saya dah post posting ni masa 1 April aritu lagi, tapi dengan menggunakan teknologi blogger terbaru, saya setkan supaya dia automatik post pada 10 April 2010 tepat jam 12:00 tengah malam. Kalau sapa2 tengok saya tengah tidoq masa tu, janganla heran pulak kalau tiba2 tengok buleh tekeluaq plak posting nih. tarak hantu yang taip aiiih... :D

Buat blog baru ni bukannya apa, saja nak try main2 blogger yang telah diupgrade nih (baca posting sblm nih). Sayang nak tukaq template blog yang sekarang nih, jadi saya pun buat la blog baru... ehehe...

Semua artikel dalam himpunan ilmu tu, mesti ada jugak dalam blog himpunan email nih.
Tapi tak semua artikel dalam himpunan email ni, akan ada dalam himpunan ilmu tu... Ada pahamm?? :D

Isi-isi dalam tu rasanya lebih kurang ja macam yang dok ada dalam blog ni, tapi hat dalam tu serius skit la... hat dalam ni dok merepet2 ja... :D

nin dia blog dia >> Himpunan Ilmu...
Sila la masuk ek, dan komen2 la apa yg patut... bubuh no komen pun takpa... janji komen.. tapi klu dah bubuh no komen, kira dah komen la tu ek... tapi tak komen... klu bubuh no komen tu kira tak komen ka komen ek... ishhhh... :D

Bagi peminat-peminat game Warcraft. Nin dia watak-watak game tu yang diperbuat daripada kertas.

LEVITZ memakai pendakap tangan
selepas menghantar lebih
100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.
CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Kesimpulan:
Kurang-kurangkan berSMS dan menaip keyboard. :D


Terima kasih lagi sekali kepada Kak Kam atas anugerah yang diberikan ini.

Seperti biasa, bagi satu ja, tapi suruh bagi balik kat 20 orang... mana nak cukup... :D

Apa-apa pun saya akan cuba bagi jugak kepada blog2 baru yang saya jumpak hasil daripada blogwalking saya dan blogger2 yang telah mengeblogwalkingkan diri mereka ke blog saya. Antaranya:

1. Nurul Adriana
2. Cik Nad
3. Ummiross
4. Na0mei
5. Qyla
6. Mabel Spy
7. thenoise
8. Apih

main balon ja bubuh nih... dapat la hampa iklan free...

Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut. 







Ntah la betoi ka dak nih... Kalau betoi, ngeri jugak nih... huhuuu

Selain daripada Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya, ni ada satu lagi cara untuk mendapat duit secara online.

Caranya adalah melalui Amazon Associates. Tapi yang ni bukan pay-per-click, sebab walaupun orang klik, ia hanya akan dikira sekiranya orang itu membeli produk yang diiklankan tersebut. kalau orang tak beli, tak dapat apa la.

Macam biasa, iklan Amazon ni boleh diletakkan di ruangan gadget2 blogspot. Yang menariknya di sini, iklan amazon ni boleh dimasukkan bersama posting yang kita buat. Contohnya macam yang saya buat kat dalam post nih.

Subscribe to: Posts (Atom)