1. Betulkan niat
Kita masuk kelas/dewan kuliah untuk belajar. Belajar untuk apa? Kerana siapa? Ikhlaskan niat buat semuanya kerana Allah. Kalau mengantuk masa kerja, ingat balik kita cari duit untuk sesuap rezeki. Takkan nak buat kerja sambil lewa je kan. Takut tak berkat pulak rezeki. Nak suap ke mulut anak-anak lagi(bagi yang dah kahwin la ye). Yang rugi kita juga. Lecture ke mana. Bos bising kerja tak bagus. Kita yang tension. Niatkan semuanya kerana Allah. Kalau driver, fikirkan keselamatan penumpang kalau berlaku apa-apa yang tak diingini. Kalau tiada penumpang pun, fikirlah orang yang menyayangi diri kita.
2. Selawat dan zikir
Lebih kepada pemandu kereta atau motorsikal. Mengantuk sangat tapi terpaksa teruskan perjalanan. Nak bersembang,semua penumpang sedang khusyuk melayan dengkuran masing-masing. Jadi, banyakkan berzikir dan selawat. Lakukan senyaring yang munkin. Huhuh. Harap-harap yang tidur pun bangun berzikir bersama-sama. Ngantuk hilang, pahala pun dapat insyaAllah. Tapi! Tolong jangan buat kalau ngantuk masa jawab peperiksaan. Kalau perlu pun sekadar dalam hati.
3. Banyakkan minum air
Rasanya dah banyak kali dengar dan dah tahu tapi berapa ramai je yang buat? Banyakkanlah minum air masak/mineral. Ditekankan AIR MASAK/MINERAL. Bukan air milo ais atau teh tarik atau lei chi kang. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Dan diingatkankan 'jangan minum 3 liter sekaligus'. Bahaya! Tau la tak nak bagi ngantuk tapi bukan cara minum banyak sekaligus. takut mati kembung perut. Minum biar konsisiten setiap hari. Bukan sebab 'hari nie ada kuliah, kena minum air banyak supaya tak ngantuk'. Jangan tipu diri sendiri.
4. Bersenam
Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini yang dicadangkan tujuannya untuk mengembalikan peredaran darah yang sempurna. Kalau ada masalah pada peredaran darah, badan akan jadi lesu dan mata menjadi layu. Bagi mereka yang rasa macam 'susah pulak nak kena bersenam, renggang2kan otot la, longgar2kan skru la,pak cik dah tuo ha'. Jangan risau buat yang simple je. Tak perlu lompat bintang atau menari poco-poco. Cukup sekadar berjalan kaki pusing-pusing rumah 10 kali pon boleh. Kalau pusing stadium Bukit Jalil lebih digalakkan la.
5. Makan gula-gula
Ha.. Yang nie selalu dipraktikkan oleh pelajar-pelajar tak kira la dari tadika sampailah IPT/IPTS dalam mahupun luar negara (yeke? hmm). Sentiasa sediakan gula-gula dalam poket, beg, pencil box bagi yang pelupa. Macam saya, lecture 3 jam bawak gula 5 biji. Makan 3 je, 2 lagi simpan takut kawan sebelah atau lecterur nak sebiji. Dapat pahala sedekah..huhuhu.. Beli perisa yang mencabar jenis-jenis berangin satu badan. Double mint, triple mint. Yang kalau makan bukan je lidah terkejut, otak pon terkejut dari mengantuk.
6. Tidur yang secukupnya
Dapatkanlah tidur berkualiti yang dapat memberi kesegaran bila bangun. 10-14 jam bukanlah tidur yang secukupnya tapi tidur yang melampaui batas. tidur 2,3 jam pun kalau kena cara yang betul dapat memberi kepuasan sepanjang hari. Amalkan cara tidur yang Nabi Muhammad ajar. Jangan belagak yang cara kita tidur adalah yang terbaik. Cari tips nak kepuasan tidur antaranya jangan dengar muzik masa nak tidur, jangan makan 2,3 jam sebelum tidur dan lain-lain boleh tanya Dato' google. Juga, boleh refer post saya sebelum nie.
7. Elakkan tidur lepas subuh dan asar
Tak payah hurai panjang-panjanglah. semua tahu dah kot. Orang kata elakkan, elakkan je la. Jangan banyak tanya. hahah. Ia mewarisi kegilaan ke kepapaan. Lebih kurang la. Rezeki pun susah nak masuk. Kalau ngantuk sangat lepas subuh tue cuba tunggu jap sampai waktu dhuha. Peringatan ini teramat istimewa buat yang menaip. Ahaks. Mujahadah sama-sama.
8. Qoilulah
Apa tue? Qoilulah sunnah yang diamalkan Rasulullah. Ia adalah tidur sebentar sebelum masuk zohor. Hanya beberapa minit, bukan beberapa jam. Ia dapat mengembalikan kecergasan jasad, fizikal dan mental terutama yang kena teruskan kerja sampai petang atau ada kelas petang. Cubalah. Sedikit dalil mengenainya.
Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin beRkata,
"Hendaklah seseORang tidak meninggalkan tiduR yang sekejap pada siang haRi keRana ia membantu ibadah pada malam haRi. sebaik-baiknya hendaklah seseORang itu bangun daRipada tiduRnya sebelum gelinciR matahaRi untuk menunaikan sOlat zuhuR."
DR. James Maas, pakaR tiduR daRi CORnell UniveRsity meRumuskan, tiduR tengah haRi selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. SeORang pengkaji yang lain, DOnald GReely, beRpendapat tiduR tengah haRi adalah beRmanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.
9. Basuh muka
Nie kalau dah tak tahan tahap maksimum. Padahal semua yang kat atas tue dah buat. Selam muka dalam air sambil sedut air masuk hidung sampai rasa kat pangkal hidung(sampai rasa sakit). Nie bukan main-main. Penah dengar ceramah seorang ustaz nie, syaitan duduk kat dalam pangkal hidung tue. (penah try sekali, sakit woo, memang tak ngantuk la). Tapi kalau puasa jangan buat pula. Free je kena ganti puasa.
10. Ambil vitamin tambahan
Kemungkinan mengantuk yang kerap dan berterusan nie disebabkan penyakit. Cubalah rajinkan diri check kat klinik dan jika perlu minta ubat. (Selalu orang sakit susah nak tidur, nie sakit selalu ngantuk). ok. Beres.
11. Tidur
Apalagi ubat paling mujarab kalau bukan tidur. Kalau dah ngantuk sangat tidur je la. Dapat 5 minit pon jadi. Jangan la nak jadi baik sangat tahan ngantuk yang dah sampai tahap overdose tue. Tidur 5 minit lepas tue terus segar. Kalau tahan ngantuk tue 2,3 jam tak hilang jugak. Kalau belajar, satu apa tak masuk dalam otak duk tahan mata yang berat macam tersangkut kapal. Tapi melampau kalau sampai satu jam tidur. Itu melampau. Diulangi melampau! Tak pasal2 ada marker pen tercucuk kat dahi akibat balingan padu lecturer atau bos (tak lawak).
10:38 PM
ooo..bagus2 info cegini..leh diaplikasikan nih. ^_^