Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Oleh HAFIZAH ISZAHANID

Ada bayi yang dikesan hadapi masalah jantung sejurus dilahirkan dan ada selepas berusia beberapa minggu atau bulan

BAYI baru lahir yang dalam keadaan kebiru-biruan selalu dikaitkan dengan masalah jantung berlubang. Sebenarnya permasalahan jantung bagi bayi dan kanak-kanak lebih besar.

Walaupun memang warna bayi yang kebiru-biruan atau pucat membawa tanda masalah jantung tetapi ada juga bayi kelihatan sihat tetapi kemudiannya dikesan berhadapan masalah jantung.

Ada dua jenis masalah jantung yang dihadapi bayi; lahir dengan masalah jantung dan satu lagi keadaan, dikesan mendapat masalah jantung apabila sudah berusia beberapa minggu atau bulan.

Bayi yang berhad apan dengan keadaan berwarna biru atau pucat dikaitkan dengan masalah ‘tetralogy of fallot’. Bayi itu berhadapan dengan masalah jantung yang dinamakan ‘congenital heart defects’ atau masalah jantung konjenital. Ia adalah kecacatan bentuk jantung atau adanya saluran darah yang besar berdekatan jantung. Perkataan ‘konjenital’ itu bermaksud, ‘lahir dengannya’ atau ‘sejak lahir’.

Secara umum ada dua jenis masalah jantung konjenital. Perunding Kardiologis Kanak-kanak, Dr Azam Mohd Noor berkata, kecacatan itu biasanya disebabkan ‘septal defects’ atau lubang antara dinding kiri dan kanan laluan darah antara dua bahagian jantung, manakala satu lagi dikenali sebagai ‘patent ductus arteriosus’ atau salur darah yang terbuka antara aorta dan arteri pulmonari yang tidak tertutup selepas lahir sebagaimana sepatutnya. Keadaan ini akan membuatkan terlalu banyak darah mengalir ke paru-paru.

“Itu antara dua keadaan yang umum tetapi ada banyak lagi jenis kecacatan jantung misalnya masalah seperti tidak bersambung, tersalah letak duduk arteri, injap tidak terbentuk dan salur darah tersekat atau sempit,” katanya.

Masalah jantung bayi juga ada yang boleh dikesan sejak lahir. Tetapi dalam sesetengah kes seperti membabitkan sempitan pada urat besar yang membawa darah dari jantung, ia tidak akan kelihatan untuk beberapa tahun dan beberapa perubahan bahaya pada tubuh (lesions) seperti sedikit kecacatan pada ventrikal mungkin tidak menunjukkan masalah.

“Malah, ada bayi yang sejak lahir kelihatan sihat, tetapi apabila usianya masuk empat ke lima minggu, mula menunjukkan tanda-tanda masalah jantung. Antaranya kelihatan penat seperti orang berlari marathon. Ketika menyusu, dia nampak penat, berpeluh-peluh. Begitu juga apabila sudah pandai berjalan, dia akan cepat penat,” katanya.

Dilihat dari sudut lebih global, masalah jantung konjenital sebenarnya tidak terlalu menakutkan daripada pandangan statistik. Di Amerika, hanya lapan daripada setiap 1,000 kelahiran berhadapan dengan masalah ini. Di Malaysia pula hanya mencatatkan empat kes dalam 1,000 kelahiran tetapi jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Ia sesuatu yang sepatutnya diberikan perhatian kerana membabitkan kos pembedahan sangat mahal bagi sesetengah kes.

“Bukan semua kes masalah jantung konjenital ini memerlukan pembedahan tetapi jika itu yang diperlukan, di hospital swasta kosnya mencapai antara RM20,000 hingga RM25,000 dan tidak dilindungi insurans. Jika di hospital kerajaan, hanya Institut Jantung Negara menawarkan pilihan pembedahan tetapi pesakit harus mengikut giliran. Pesakit yang benar-benar dalam keadaan kronik akan diutamakan, tetapi pesakit yang tidak kronik pun, dalam proses menunggu mereka terdedah kepada pelbagai risiko jangkitan yang akhirnya membuatkan mereka meninggal dunia sebelum tarikh pembedahan,” kata Dr Azam.

Bagaimana kecacatan jantung terjadi?

SECARA ringkas, jantung yang sihat terbahagi kepada empat kamar rongga, dua di kanan dan dua di kiri. Kedua-dua bahagian ini digunakan untuk tugas yang berlainan untuk melaksanakan fungsi asas jantung - mengepam darah ke seluruh tubuh. Sebelah kanan menggerakkan darah ke dalam saluran arteri pulmonari dan membawa ke paru-paru. Di sebelah kiri, jantung mengepam darah ke aorta. Dari oarta ada pelbagai lagi salur darah yang menyebarkan darah ke seluruh bahagian tubuh.

Jantung bayi akan mula berdenyut pada hari ke 22 selepas ‘conception’. Ketika ini, jantung hanyalah berbentuk tiub yang ringkas. Antara hari ke 22 dan ke 24, jantung mula membengkok ke kanan dan bertaut secara sendiri untuk membentuk lengkok (loop). Hari ke 28 selepas ‘conception’ lengkok itu terbentuk dan tiub secara samar membentuk seperti jantung dengan struktur yang bertindak balas dengan dua bahagian jantung dan salur darah yang membawa darah keluar masuk darinya.

Tetapi jika mesej genetik yang mengarahkan pertumbuhan dan pergerakan sel awal jantung ini bercampur aduk, sebahagian daripada otot jantung gagal terbentuk. Atau jika proses membengkok dan lengkok tidak berjalan sebagaimana sepatutnya, jantung akan membentuk sambungan yang abnormal.

Tanda yang harus anda perhatikan

# Secara umum, jika secara genetik anda memang datang dari keluarga yang berhadapan dengan masalah jantung konjenital, selalunya kandungan anda akan dipertimbangkan untuk menjalani ujian imbasan janin bagi mengetahui adakah bayi anda berhadapan dengan masalah jantung. Ujian itu dikenali sebagai ‘echocardiography’. Begitupun kata Dr Azam, ujian sebegitu pun tidak akan menjamin pengesanan secara terperinci.

“Melalui ujian begitu, doktor mungkin tahu ada masalah lubang pada jantung tetapi kita tidak tahu di bahagian mana secara tepat. Doktor akan mempersiapkan ibu bapa dengan pendekatan psikologi bagi mereka menangani masalah ini,”katanya.
# Jika anda tidak memiliki sejarah keluarga berkaitan masalah jantung konjenital, perhatikan jika bayi anda berubah warna beberapa hari, minggu atau bulan selepas dilahirkan. Kecacatan jantung yang serius mungkin akan muncul kemudian, Bayi ketika ini akan berwarna biru, pucat di sekeliling mata, bibir dan kuku jari.
# Bengkak di bahagian kaki, perut atau sekeliling mata
# Cepat penat ketika menyusu yang membuatkan berat badan tidak bertambah

Faktor

PUNCA masalah jantung konjenital terjadi tidak diketahui secara tepat, tetapi beberapa faktor keliling dan genetik dikenal pasti menyumbang kepada masalah ini termasuklah:

1. Genetik - masalah kromosom. Ini biasanya terjadi pada pasangan yang berusia kerana mereka berisiko untuk melahirkan bayi sindrom down.

2. Penyakit ibu keti ka hamil - Diabetes yang kronik akan mengganggu perkembangan jantung janin. Anda boleh mengurangkan risiko ini dengan mengawal diabetes.

3. Ubat-ubatan - Sebaiknya berikan senarai ubat yang anda ambil kepada doktor perbidanan yang merawat, jika anda berhasrat untuk hamil. Ada sesetengah ubat yang diambil membawa kepada risiko jantung konjenital seperti lithium dan isotretinoin. Selain itu, pastikan anda mengambil ubat-ubatan yang doktor sarankan, Jangan makan ubat herba atau apa saja ubat tanpa nasihat doktor.

4. Jangkitan ketika hamil - Ibu yang dijangkiti penyakit seperti rubella. Penting untuk ibu-ibu merancang kehamilan dan bertemu doktor sebelum hamil. Anda boleh diberi vaksin rubella sebelum hamil.

Rawatan

RAWATAN bergantung kepada masalah. Jika ia membabitkan lubang yang terlalu besar, rawatan terbaik adalah pembedahan tetapi jika ia hanya membabitkan lubang yang kecil, ia akan menerusi prosedur non-surgical dinamakan ‘catheterization’. Doktor akan memasukkan tiub (catheter) untuk menutupnya.

“Jika membabitkan catheterization ia akan dibuat bila-bila masa. Risikonya lagi tinggi jika bayi masih kecil. Jika ia membabitkan pembedahan, doktor akan mengambil kira berat badan bayi bukan usia,” katanya.

Terapi Gamat eMas

1/2 sudu kecil PGPV diberi pada bayi setiap pagi, insyaAllah sembuh.

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)