Sama-samalah kita ambil iktibar. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dariNya. Amin...
1. Al-Musayyab bin Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berbuat kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala dari hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan maka demikian pula." - Riwayat Ibnu Zahjadari
2. Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." - -Sahih Bukhari
3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat, dan basuhlah kepalamu meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang harum-harum." - Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin
4. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." - Riwayat Abu Dawud
5. Nabi s.a.w . bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi kubur kedua atau salah seorang ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai orang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim
6. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu
menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!.
7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud
Pintu Kayu Durian
7 months ago