Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Assalamua'laikum ku memulakan bicara. Moga dirimu, sentiasa di dalam redha Ilahi walau di mana jua berada. Warkah ini ikhlas kucoretkan buat insan yang pernah kukenali yang kini jauh dariku. Namun.. kutetapkan yakinkan diri bahawa kau pastikan hadir suatu hari nanti bagi menemaniku mengharungi hidup di dunia ini yang penuh dengan pancaroba.

Kepada calon suamiku?

Usiaku kini makin bertambah dari hari ke hari?Alhamdulillah..harapanku agar tahun-tahun yang berlalu, meski pun memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghirah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya. Syukur jua kupanjatkan kerana pergaulanku tetap terjaga dan terbatas.

Aku maklum, bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. Kesemuanya membentuk suatu daftar yang panjang di dalam agenda kita. Aku yakin ketidakhadiran dirimu semata-mata kerana kesibukan dakwah adalah satu tugas yang mulia. Hanya sedikit sahaja yang terpanggil untuk ikut merasa bertanggungjawab. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon suamiku?.

Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bila kau sudah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini, yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah (semoga), maka datanglah?

Calonku.. usah dikau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau pekerjaan yang masih sambilan. InsyaAllah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya pada Allah. Jika dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalanNya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalanNya?!

Penantiaan ku kini hampir sampai di kemuncaknya...Hari demi hari yang berlalu ku lalui dengan hati yang tabah walau dijauh di sudut hatiku aku amat merindui dirimu....Detik pertemuan yang kita impikan semakin hampir...

Banyaklah berdoa calon suamiku, di manapun engkau berada. Insyallah, doaku sentiasa menyertai segala usahamu?

Semoga Allah memberkatimu??.

Ikhlas dari:
Calon isterimu......

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)