Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

Sabda nabi Salawatu Alai Wasalam: Dari 'Aisyah bahawa rasul Salawatu Alai Wasalam bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, a****g dan al-'aqur (binatang yang menggigit).

Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

Sabda nabi Salawatu Alai Wasalam: Dari Ibn Abbas bahawa nabi Salawatu Alai Wasalam telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra: Dari Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bahwa seekor seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya karena seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih?

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)