Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua:
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan…meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light…siol…aje… Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga:
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau ngurat lagi.

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)