Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Sentuhan tangan seorang isteri memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga. Biar sesibuk mana pun seorang wanita itu di luar rumah, suami dan anak-anak tetap memerlukan sentuhan tangannya dalam pelbagai urusan rumah tangga.

Tugas-tugas di dalam rumah tangga adalah tugas yang amat mulia yang akan mengangkat martabat seorang isteri. Tugas-tugas itu mempunyai nilai spiritual yang tinggi dan jalinan emosi antara seorang isteri dan suaminya serta antara ibu dan anak. Bagi suami isteri, ia mendatangkan suatu 'rasa' yang cukup istimewa antara mereka berdua. Rasa istimewa ini dapat dikekalkan dengan mengekalkan sentuhan peribadi seorang isteri terhadap suaminya.

Oleh kerana pentingnya sentuhan tangan isteri ini, maka seorang isteri tidak wajar sama sekali melepaskan tugas-tugasnya itu kepada orang lain seperti pembantu rumah. Seorang isteri hendaklah memastikan suaminya diikat selalu dengan sentuhan emosi tangannya. Memang tak dinafikan kadang kala isteri yang bekerja kekurangan masa untuk memberi tumpuan dan perhatian kepada suaminya. Namun, biar sesibuk mana pun si isteri, sentuhan sebagai suri rumah jangan terus diketepikan. Biarlah ada sentuhan emosi itu sedikit walaupun tidak dapat memaksimumkan tugasan tersebut.

Sebenarnya ada tugas-tugas rumah tangga yang boleh diserahkan kepada pembantu rumah, dan ada yang tidak. Misalnya, jika seorang isteri itu terlalu sibuk dan tidak berkesempaian untuk memasak, maka dia bolehlah meminta tolong kepada pembantunya untuk memasak. Ataupun meminta pembantu rumah menyediakan bahan-bahan, kemudian isterilah yang menggaulnya di dalam kuali. Dalam hal ini, isteri mestilah kreatif dan bijak dalam membahagikan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pembantu rumah. Mana yang boleh, mana yang tidak boleh. Mana yang wajar dan mana yang tidak wajar.

Apakah tugas-tugas lain yang memerlukan sentuhan isteri? Dan apakah kesan sentuhan tangan isteri ini pada perkara-perkara tersebut? Mari kita lihat.

1. Penyediaan makanan untuk keluarga
Seorang isteri yang kasih kepasa suaminya. tidak akan sekali-kali membiarkan tugas ini dilakukan oleh orang lain. Biarlah makanan yang disediakan tidak seberapa, tetapi keberkatan air tangan isteri itu akan mengalir kepada suami sehingga mampu mengikat hati mereka sampai bila-bila. Janganlah sampai tugas ini diswastakan kepada pembantu rumah atau tukang masak di restoran. Jika sekali-sekala tidak mengapalah.
Semasa menyediakan makanan, sebaik-baiknya isteri hendaklah membasahkan lidah dengan zikir dan berselawat, serta niat untuk mendapat keredaan Allah.
Selesai memasak, isteri jugalah yang patut menghidangkan dan mencedok makanan ke pinggan suami, serta menuang air ke dalam cawan suami. Perkara ini walaupun nampak remeh, tetapi ia memberi kesan yang besar dalam perhubungan suami isteri.

2. Raikan suami di muka pintu
Seorang isteri sewajarnya menyambut kepulangan suaminya di muka pintu dengan wajah yang manis dan bibir yang dihiasi senyuman. Demikian juga ketika menghantar suami untuk keluar bekerja. Sekiranya isteri sama-sama bekerja, cubalah pastikan isteri pulang lebih dahulu daripada suami, atau setidak-tidaknya pulang serentak. jika ini dapat dilakukan, tidak perlulah mengharapkan bantuan pembantu rumah untuk rnembukakan pintu untuk suami.
Cubalah hayati kehidupan Rasulullah s.a.w. dan isterinya sayidatina Khadijah. Sewaktu baginda pulang dari menerima wahyu pertama di gua Hira', Khadijah menyambutnya di muka pintu dan berusaha menenangkan baginda. Khadijah sendiri yang membaringkan baginda dan menyelimutkan baginda sehingga tenang dan tenteramlah perasaan baginda yang berkecamuk sebelumnya. Sentuhan tangan Khadijah dalam kehidupan baginda menyebabkan baginda sentiasa mengingati Khadijah walaupun selepas Khadijah meninggal dunia.

3. Menyedia dan mengemas tempat tidur
Tempat tidur suami isteri sebaik-baiknya disediakan dan dikemas oleh isteri. Begitu juga tugas-tugas lain di bilik tidur. Seboleh mungkin jangan diserahkan kepada pembantu rumah. la memerlukan sentuhan peribadi isteri kerana bilik tidur lazimnya menyimpan rahsia suami isteri. Di situ juga seharusnya tempat paling tenang dan selesa untuk suami isteri ketika berada di dalam rumah.

4. Membasuh dan menyidai pakaian
Membasuh dan menyidai pakaian sebaik-baiknya hendaklah dilakukan oleh isteri. Pada masa ini, kebanyakan rumah mempunyai mesin basuh, oleh yang demikian isteri hanya perlu menyidai pakaian tersebut.
Paling penting, pakaian 'peribadi' kepunyaan suami isteri itu hendaklah diuruskan oleh isteri. Jangan sekali-kali membiarkan pembantu rumah membasuh, menyidai dan melipat pakaian ini. la ibarat aurat suami isteri yang harus dijaga dan dipelihara dari pandangan orang lain.
Sekiranya seorang isteri menswastakan tugas-tugas ini kepada orang lain, dibimbangkan sentuhan emosi itu akan bertukar kepada orang lain yang mampu melakukan tugas-tugas itu dengan baik. Akhirnya kasih suami juga turut beralih arah dan ketika itu tiada apa yang dapal dilakukan oleh isteri. Tidak hairanlah jika pasangan moden pada hari ini ramai yang bercerai-berai dan tidak sehaluan hidup mereka. kerana ..antara sebabnya isteri tidak lagi memberi sentuhan tangannya kepada suami dalam hal ehwal urusan rumah tangga.
Cubalah kita amalkan sentuhan tangan ini dalam rumah tangga. Lakukanlah dengan hati yang gembira dan mengharap keredaan Allah. Inilah sebenarnya petua yang diamalkan oleh orang-orang dahulu kala dalam mengeratkan ikatan suami isteri, iaitu sentuhan tangan seorang isteri yang tidak pernah diabaikan. Kita juga mesti yakin bahawa agama Islam amat rnenggalakkan seorang isteri untuk memberi khidmat baktinya kepada suami dalam semua perkara. Setiap khidmat bakti itu akan diganjari dengan keberkatan hidup di dunia, manakala di akhirat di sediakan balasan yang cukup indah iaitu syurga yang kekal abadi.


0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)