Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Tikus
Kata tikus pertama, "Aku tak pernah takut dengan perangkap tikus. Malahan aku selalu dekati perangkap itu dengan sengaja, dan bila perangkap hendak merangkap aku, dengan senang aku elak. Macam tu lah aku mengisi masa lapang".
Tikus kedua tidak mau kalah. "Kalau aku, racun tikus tu sudah menjadi minuman seharian. Sudah jadi macam air putih aje," katanya tidak mau kalah.
Si tikus ketiga terdiam, kemudian mendadak ia bangun dan melangkah pergi. "Eh, tunggu,engkau nak ke mana?!!" teriak dua tikus lainnya. Sambil menoleh, tikus ketiga berkata, "aku ada temujanji dengan kucing!"


Basah
Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?
Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!
Ibu : Haa..?? Dah pulang datang balik sini???




Pak Guard
Ada seorang Bai yang bekerja sebagai security...
Pada suatu hari... semasa dia sedang bekerja pada waktu malam, Dia tertidur dan bermimpi...

Dia bermimpi majikan nya ingin keluar negeri dengan menaiki kapal terbang...
Lalu kapal terbang itu jatuh dan majikannya mati..

Pada ke esokkan harinya... majikannya ingin menaiki kapal terbang...lalu si Bai tadi pon menceritakan mimpinya semalam kepada majikannya...

Majikannya terkejut !! dan majikannya tidak jadi untuk menaiki kapal terbang itu.

Mimpi si bai security tadi benar� menjadi kenyataan.

Tetapi tak tahu kenapa, majikannya membayar semua gaji Bai security tadi dan menyuruhnya berhenti kerja...

Kenapa???????

Sebabnya.... Dia tidur semasa bekerja .....




Tengkorak
Satu hari tu si Tanggang pergi ke muzium pameran tengkorak,masa kat luar dia tengoklah ade satu tengkorak besar,"mungkin orang dewasa puya tegkorak ni",Tanggang berkata dalam hatinya, dia pun masuk kedalam dan melihat banyak lagi tengkorak kat dalam tu, dia berkata sendiri lagi, "apalah diorang ni tak letak nama pun, ntah tengkorak siapalah agaknya ni".Dia pun menoleh sekeliling untuk bertanya siapakah gerangan yang empunya tengkorak itu, dia ternampak security yang jaga kat area tu,


Tanggang: "Bang tengkorak yang kecik ni siapa punya"

Security: "Ooo yang ini tengkorak raja mongul"

Tanggang: "Aik..kan yang besar kt luar tu tadi tengkorak raja mongul punya.."

Security: "Ooo.. itu tengkorak raja mongul masa dia dewasa, yang ini tengkorak masa dia kecil"

Tanggang pun blah sambil berkata dalam hatinya "macammanalah muzium ni ambik pekerja yang macam telo separuh masak ni.."





Budin Dan Tompok
Budin seorang yang amat benci pada kucing,entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar- debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...




LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri. "Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"



Buku
Seorang pengarang buku terkenal yang sangat sombong...bercadang untuk meninjau bukunya disebuah kedai buku ternama di ibukota...

Pemilik kedai mendapat khabar yang Pengarang itu akan mengunjungi kedainya terus menghubungi pekerjanya untuk menyimpan kesemua buku yang dikarang oleh pengarang lain... dan diganti dengan semua buku yang dikarang oleh si pengarang sombong tersebut.

Tidak lama kemudian si pengarang sombong itu sampai dam terus memasuki kedai buku tersebut. Dengan langkah angkuh dan dagu diangkat ke atas si pengarang sombong melihat buku-buku yang di pamerkan di kedai buku tersebut.

Alangkah bangganya dan bertambah sombonglah dia ketika melihat kedai buku itu hanya menjual buku-buku karangannya. "Hebat! Hebat!" serunya berkali-kali.

Setelah puas mengelilingi dan melihat-lihat, dia bertemu dengan pemilik kedai buku dan bertanya dengan nada angkuh: "Di mana buku-buku dari pengarang lain di kedai buku Anda?"

"Oh," jawab pemilik kedai buku, "Semuanya sudah habis dijual dengan laris sekali!"





Keju Atau Ikan
Suatu hari seorang ibu berjumpa dengan seorang doktor.

Ibu: Doktor tolong saya. Anak saya tertelan tikus masa dia tidur.

Doktor: Tak apa . Sebentar lagi saya datang .Sementara itu letak ler keju didepan mulut anak awak supaya tikus itu keluar.

Tak lama kemudian si doktor sampai dan melihat si ibu sedang memegang seekor ikan di depan mulut anaknya . Doktor terus bertanya :-

Doktor: Kan saya suruh awak letak keju kenapa awak letak ikan?

Ibu: Saya tahu doktor tapi saya cuba keluarkan kucing yang masuk mulut anak saya kerana kejar tikus tadi.

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)