Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



kisah ini berlaku di sempadan....

seorang lelaki sering melintasi sempadan dengan menaiki basikal
serta membawa dua guni pasir. perbuatannya itu telah disedari
oleh
pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut membuat kerja
penyeludupan.
pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa
yang
ada
dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik".
pegawai imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut.
setelah
diperiksa hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu.
keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa...
membawa basikal bersama dua guni pasir..
pegawai imigresen masih tidak puas hati lalu menahan lagi lelaki

apabila diperiksa hanya pasir yang terdapat dalam dua guni
itu...
setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan
kerjanya
yang dulu....
suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai
kopi....
pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa kerja kamu"?
jawab lelaki itu.... "seludup basikal"......

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)