Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh,
Sabda
Nabi,

Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu
orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana
pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa
berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi
Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah
SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang
mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana
bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)