Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho


DALAM mengerjakan ibadat puasa Ramadan, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Bagaimanapun, ada umat Muslimin yang enggan bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan alasan kepada keengganan bersahur walaupun ia dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Bersahur adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan di antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud : "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: "Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air." (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur." (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunat bersahur, kita disunat melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya."

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh)."

Zaid ditanya: "Berapa lama antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari).

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)