Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho


Ni aku dapat daripada emel. Cara senang dan murah nak bunuh nyamuk. Tak payah semboq ubat nyamuk, tak payah pakai ubat nyamuk letrik apa semua tu. Tapi jangan la hampa tak cuci tempat-tempat pembiakan nyamuk pulak. Cuci tetap cuci, baru la rumah dan persekitaran nampak bersih. Cewahhh!!!. :D

Cara dia senang ja.

Bahan-bahannya adalah (cewah, macam nak memasak plak):

bahan-bahan ni anggaran ja, hampa buleh masukkan kadar yang sesuai secukup rasa
  • 200ml air
  • 50 gram gula merah
  • 1 gram ragi
  • botoi plastik 1.5 liter


Cara-caranya;
1. Potong botoi plastik tadi kat tengah-tengah. Potong elok-elok sebab kita nak pakai dua-dua bahagian.


2. Pastu tuangkan air panas kat bekas lain. jangan tuang dalam botoi tu, nanti kemek-kemek plak botoi tu sebab botoi tu plastik. masukkan gula merah ke dalam air panas tadi. Tunggu sampai sejuk, lepas tu tuang air gula merah tadi dalam botoi tadi. Tuang agak-agak setengah botoi tadi pun dah cukup.


3. Lepas tu bubuh ragi dalam air gula merah tadi. tak payah gaul hingga sebati. Bubuh ragi macam tu ja, tak payah kacau-kacau.


4. Pastu bubuh bahagian atas botoi yang kita potong tadi dalam bahagian bawah botoi yang kita potong tadi dalam keadaan terbalik macam corong.


5. Pastu balut keliling botoi tadi dengan kertas hitam ka apa-apa yang hitam la. Jangan la tutup bahagian atas pulak. klu tutup, camna nyamuk nak masuk.


6. Akhir sekali, letak la botoi tu kat mana-mana bahagian dalam rumah hampa yang hampa rasa ada banyak nyamuk tu. lama-lama, penuh la nyamuk mati dalam tu.



p/s: Aku sendiri pun tak pernah cuba. Klu hampa pernah cuba, bagitau la kat sini ek. Jadi ka tak jadi.

1 comments

  1. zaL_cdpx  

    wauuu..., wa mmg anti nyamuk !
    mmg klau leh nk PUPUSk trus nyamuk dr muka bumi nie !

    nnti wa try

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)