Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho


leboss.. leboss... abih leboss duit aku... ehehe...

leboss ni nama restoran yang aku pi tadi dengan family. Makanan western ada, makanan melayu pun ada. Ni restoran melayu tapi dengan suasana moden ka apa ntah. Design dalaman kedai dia penuh dengan macam-macam barang perhiasan, dari bat besbol, sarung tangna besbol tu basikal racing, jersi kuning ltdl dan segala macam lagi la ada dalam kedai tu.

Servis ala-ala macam restoran macam secret recipe camtu. Harga pun agak melebosskan jugak la.. :D, tapi berbaloi dan puaih hati la.


 Atas ni gambaq nasik goreng kampung. Ni second time mai kedai ni, masa first time dulu tak order nasik nih, tapi dok nampak la orang lain order macam best ja, tu yang try order nih. Banyak gila nasik dia, dengan papedom 2 kepin, sate 2 cucuk, sambai belacan, dengan ulam raja pun dia bubuh. Sate dia besaq, kalau bagi sapa badan kecik tu, silap-silap, 2 cucuk sate ni pun dah kenyang sampai esok. :D.



Yang atas ni pulak ciken cop. Rasanya dalam banyak-banyak ciken cop yang aku penah makan ni kira nombot satu la. Kita siap buleh pilih 2 side dish untuk ciken cop ni atau mana-mana makan western yang lain. Ala-ala kenny rogers, nandos gitu. Side dish pun dia bubuh banyak. Makan side dish saja pun dah buleh kenyang la.

Aritu first time pi, memandangkan aku bawak anak aku hat kecik tu, depa bagi eskrem free. Ingatkan kali ni depa nak bagi lagi, tengok-tengok, tak bagi la pulak. Aritu tu dia bagi kot ada special occasion ka apa kot.

Huh, aku dok promot-promot ni macam la aku ada share kedai nih. Tarak aiih, owner dia pun aku xkenai, dia pun xtau aku tulih nih. Saja ja tulih sebab aku rasa puaih hati betoi makan kat kedai nih.. Ehehe...

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)