Ada 3 orang lelaki tengah dok lepak minum-minum di sebuah restoran. Masing-masing dok sembang pasai hadiah yang depa bagi ka tisteri depa masing-masing.
Laki pertama kata, "Haritu aku bagi hadiah kat bini aku benda yang buleh pi dari 0 hingga 100 dalam masa 6 saat ja. Cuba hampa teka apa benda. Ehehe."
Dua orang lagi dok klipok-klipok mata ternganga dok pikiaq apa benda la yang mamat tu bagi kat bini dia.
Dah lambat sangat depa ni dok pikiaq, mamat tu pun habaq la, "Hampa ni lembab betoi, aku beli kereta Porsche la kat bini aku".
Dengaq kata Porsche, mamat kedua pun tak mau kalah. Dia pulak kata, "Aku lagi hebat, aku bagi kat bini aku benda hat buleh pi dari 0 hingga 100 dalam masa 4 saat ja. Lagi laju daripada hang." Kata mamat kedua sambil muncung mulut kat member dia mamat hat pertama tadi.
Pastu mamat ketiga menjawab, "Hah! Aku tau. Ni mesti kereta Ferrari".
"Hang memang teraaaa...". Balas mamat kedua.
Last skali, mamat ketiga pun nak eksyen jugak. "Aku pun bagi hadiah kat bini aku jugak. 0 hingga 100 dalam masa 2 saat ja".
Dua orang mamat tadi terpegun dan tanya, "Ish, kereta apa yang laju sangat tu?".
Mamat ketiga tu pun keluaqkan henpon dia dan tunjukkan gambaq hadiah yang dia bagi kat bini dia tu. Gambaq tu seperti di bawah:
10:33 PM
ngaaaaaa
hahahaha
sengal dow~ :P