Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai
hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai
penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

1 comments

  1. Anonymous  

    Assalamualaikum wwb.

    ada artikel tentang pentingnya ciuman suami terhadap isteri tak, ya?

    Buat pengetahuan, sejak saya berkahwin dua tahun lalu atas dasar suami yang mendesak mahu berkahwin, namun, pelik sekali, suami saya tak pernah cium dan mencumbu saya di mulut/bibir kerana dia kata dia tak suka cium/rasa "benda-benda berair"... padahal itulah yang paling saya suka lakukan ~ long, deep kisses.

    Sudahlah dia hanya mendatangi saya kadang-kadang sampai 4 bulan sekali padahal dia tahu keinginan saya sebagai seorang isteri adalah sangat normal. malah dalam permulaan perkahwinan, saya pula yang selalu mendatangi suami saya dengan pelbagai cara ~ harum-haruman, ciuman-ciuman, urutan-urutan erotik, pelukan ghairah ~ tapi selalu di 'ignored'.

    Jadi, sejak setahun yang lepas, saya diamkan sahaja dan hanya mampu menangis senyap-senyap. banyak kali kami berbincang berkenaan hal ini jadi dia tahu yang perkara ini amat mengganggu perasaan saya sebagai seorang isteri; banyak kali saya minta dia agar pergi melakukan terapi hormon (kerana saya yakin dia kekurangan hormon testosteron yang mengurangkan nafsu syahwat), tetapi masih tidak dilakukannya lagi.

    Namun begitu, sejak berkahwin, suami memang menjalani rawatan-rawatan seperti urut untuk peredaran darah, serta terapi untuk membetulkan 'alignment' tulang w'pun tidak begitu serius atau ketara kesakitan tersebut.

    Tapi saya perlukan artikel-artikel terutama sekali artikel dari M'sia, untuk membuktikan kepada suami yang perasaan 'low self-esteem' saya serta 'silent rebel' saya yang terbit dari kurangnya 'santapan batin' ini bukanlah suatu yang saya sengaja buat-buat, dan kesetiaan saya yang masih ada ini tidak harus di ambil ringan atau 'taken for granted'.

    Terima kasih. Wassalam.

    Ana.

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)