Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Kamal si pengantin baru

Kamal merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kenduri kahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke. yang penting dia dapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk raja sehari. "Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malu alamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si Kamal nie memulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya.  Sakit perutnya di bawak sampai keesokan harinya.

Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Keluarlah Kamal dari biliknya hanya memakai kain pelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.

Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya Kamal menjamah sarapan pagi tu.

Tiba-tiba perut si Kamal buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa segan lak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu. Mak mertua nye pun bersuara " cemong!" Fuh lega sungguh hati si Kamal kerana si cemong yg menjadi mangsa mak mertuanya. Sekali lagi perut Kamal memulas-mulas lalu dilepaskan gas se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si Kamal.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamal  sekali lagi buat hal.dekkerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si cemong, Kamal dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekali hembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang di beraknye pulak kat ko".

Alangkah malunye si Kamal mendengar ulasan dari mak mertua kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si Kamal lalu terus dia menuju ke bilik kerana 2 sebab. Pertama, malu sebab mak mertua sindir. Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu.

"Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok termenong dalam jamban.

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)