Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,
"Ok gak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas,
"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi,
"Bila kau nak gerak ni??".

Aku selamba jer kata,
"Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)