Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal si bisu tersebut. Maka sibisu tersebut pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil sibisu tersebut. Apabila dipanggil, sibisu itu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat..
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu..

Sibisu menunjukkan isyarat
"Duit RM50000 tu aku telah sembunyikan di taman Syahbandar dibawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,
"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)