Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



LEVITZ memakai pendakap tangan
selepas menghantar lebih
100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.
CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Kesimpulan:
Kurang-kurangkan berSMS dan menaip keyboard. :D


Terima kasih lagi sekali kepada Kak Kam atas anugerah yang diberikan ini.

Seperti biasa, bagi satu ja, tapi suruh bagi balik kat 20 orang... mana nak cukup... :D

Apa-apa pun saya akan cuba bagi jugak kepada blog2 baru yang saya jumpak hasil daripada blogwalking saya dan blogger2 yang telah mengeblogwalkingkan diri mereka ke blog saya. Antaranya:

1. Nurul Adriana
2. Cik Nad
3. Ummiross
4. Na0mei
5. Qyla
6. Mabel Spy
7. thenoise
8. Apih

main balon ja bubuh nih... dapat la hampa iklan free...

Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut. 







Ntah la betoi ka dak nih... Kalau betoi, ngeri jugak nih... huhuuu

Selain daripada Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya, ni ada satu lagi cara untuk mendapat duit secara online.

Caranya adalah melalui Amazon Associates. Tapi yang ni bukan pay-per-click, sebab walaupun orang klik, ia hanya akan dikira sekiranya orang itu membeli produk yang diiklankan tersebut. kalau orang tak beli, tak dapat apa la.

Macam biasa, iklan Amazon ni boleh diletakkan di ruangan gadget2 blogspot. Yang menariknya di sini, iklan amazon ni boleh dimasukkan bersama posting yang kita buat. Contohnya macam yang saya buat kat dalam post nih.

Subscribe to: Posts (Atom)