MEMILIH baju anak-anak mengikut cita rasa ibu bapa akan lebih mendewasakan mereka daripada usia sebenar. Tersilap memilih boleh mempengaruhi pembentukan emosi mereka apabila besar kelak.
Kebanyakan ibu bapa di negara kita tidak kira kaum lebih memilih mengikut cita rasa mereka tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa biasanya lebih terpengaruh dengan kain yang bercorak cantik di mata mereka dan jenis kain yang lembut serta sejuk dipegang tanpa memikirkan keselesaannya apabila sudah dijadikan pakaian.
Sedangkan kain yang sedemikian adalah panas kerana bukan daripada sumber asli. Sejuk dipegang di tempat yang berhawa dingin.
Menurut pereka fesyen terkenal Bill Keith, kain kapas paling sesuai dengan kanak-kanak dan cuaca negara kita yang panas ini.
Fesyen atau kain yang cantik itu tidak semestinya mahal. Paling penting bagaimana kita pelbagaikan kain yang berwarna serta menggabungkan warna dan fesyen.
Katanya, ''ramai ibu bapa memilih pakaian yang siap dipakai yang banyak dijual di pusat membeli-belah tanpa memikirkan jenis kain antaranya kain polyester yang panas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.''
''Tidak salah memakaikan anak dengan pakaian tradisional seperti kurung atau kebaya tetapi jangan dibuat ketat dan dalam warna terang penuh bunga-bungaan. Seakan tidak memberi anak-anak bernafas,'' ujar Bill.
Ada pula yang memberi anak-anak memakai pemerah bibir dan pipi ketika menghadiri kenduri kendara hingga menghodohkan mereka.
Semua ini seakan cuba mendewasakan anak sebelum tiba masanya dan serba sedikit turut mempengaruhi jiwa kanak-kanak itu.
Bill yang ditemui di butiknya di jalan Alor, melahirkan rasa kesalnya kerana ramai ibu bapa tidak memberi ruang kepada anak untuk menentukan pilihan mereka.
Bill yang pernah mengambil bidang psikologi di Universiti Toronto, Kanada turut mengaitkan kesan pemilihan pakaian dengan keselesaan kanak-kanak. Kesilapan memilih kain untuk dibuat baju kanak-kanak menyebabkan anak merasa kurang selesa, gatal, panas dan berat.
Jika dipakaikan kepada kanak-kanak yang lebih kecil, mereka akan menangis tidak tentu fasal kerana masalah di atas berbanding dengan anak-anak yang memakai pakaian selesa mudah mesra, lebih ceria dan kelihatan lebih cerdik.
Dari kaca mata seorang pereka fesyen, baju yang sesuai dengan kanak-kanak ialah yang kelihatan comel apabila dipakai, berwarna cerah dan ringkas yang mana akan memberi kesan kelihatan lebih sihat, bersih dan tidak terseksa.
Beliau memberi contoh, bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun untuk pakaian hari-hari pilihlah yang dibuat daripada kain untuk baju T, bagi memudahkan pergerakannya.
Bagi yang berbadan atau agak montel gunakan potongan segi empat agar kelihatan lebih comel. Elakkan daripada terlalu banyak beropol dan jangan lupa memilih kain yang lembut dan ringan. Anak lelaki pula lebih baik pakaikan mereka baju T dengan seluar daripada kain kapas. Jika mahu memakai kemeja pilihlah daripada kain kapas juga. Kain kosong, berbelang atau berpetak amat sesuai untuk mereka tetapi jangan menggunakan terlalu banyak warna.
Kanak-kanak akan nampak selesa dengan sentuhan mewah begini sebaliknya jika terlalu banyak warna dari sudut psikologi boleh membuatkan anak-anak berada dalam kekeliruan. Bill memberikan panduan, jika ibu bapa mahu juga anak berpakaian corak atau bunga, sebaiknya jangan lebih daripada tiga warna. Pilihlah corak yang tidak terlalu besar dan rapat.
Pemilihan pakaian turut memberi kesan kepada pembentukan sikap anak di masa hadapan.
Kiranya tidak selesa mereka kurang menumpukan perhatian kepada apa yang dibuatnya ketika belajar atau bermain.
Akibat daripada salah memilih pakaian atau warna mereka mungkin berasa sensitif dan kurang bergaul dengan kawan-kawan sebaya kerana bimbang akan menerima ejekan.
Ibu bapa moden hari ini patut membenarkan anak-anak membuat pilihan sendiri kerana dalam usia tujuh tahun mereka sudah pandai menentukan apa yang dimahukan.
Kita boleh lihat ada anak-anak dalam usia begini merasa malu jika disuruh memakai baju tidak berlengan. Ibu bapa mungkin dapat melihat ada anak-anak yang asyik gemarkan baju yang itu, itu juga setiap kali keluar berjalan kerana kesesuaian dari segi potongan, fesyen atau warna.
''Ini membuktikan yang anak dalam satu peringkat usia sudah pandai membuat pilihan dan mempunyai cita rasa sendiri,'' ujar Bill.
Tambahnya lagi, ''ini yang membezakan orang dewasa dengan kanak-kanak kerana orang dewasa mungkin lebih memilih yang cantik dan jarang memikirkan yang selesa di pakai anak-anak.''
Dari segi hiasan pula renda, kuntum bunga kecil, reben, poket dan butang boleh juga dijadikan hiasan baju kanak-kanak.
Pilihlah warna pastel kerana warna garang tidak sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak dan cuaca di negara kita.
Oleh: FAUZIAH HASSAN
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah penjajahan tanah melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang segaja tak didedah disebabkan agenda tertentu..
Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa ketuanan melayu
di sanggah selama ini.....
1908
> alfonso de al qurque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara (melaka pusat perdagangan asia tenggara kitika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.
> raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera
1909> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1910
> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang tuah, hang lekir, hang lekiu, hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1912
> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
feb 1912
> alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .
Semiggu selepas FEB 1912
> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah;
Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan (sambil bertabik)
al fonso > selamat pagi
Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang
al fonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 > Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu,bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang
sekian dimaklumkan.....
petikan: kedahonline.net
1. Amalkan byk minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur dan setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.
2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan, jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt mengelakkan kita dpd perut buncit.
3. Elakkan dpd mandi malam. Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.
4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau, jeragat pd kulit.
5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
6. Utk menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman dan minum keesokan harinya. Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.
7. Selain dpd air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg kedua.
8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.
9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman. Dikatakan bhn organik pd air bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.
10. Utk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.
11. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi dan mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.
12. Utk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki dan naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala dan jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.
Lawak 1
Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..
Lawak 2
Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa gunanya mencuci ikan yang memang berada dalam air seumur hidupnya.
Lawak 3
Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.
Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak. makcik tak tau. kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.
Lawak 4
Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini, dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.
Lawak 5
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.
Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : inilah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!
Lawak 6
Anak ular : ibu, kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!