Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya dipenjara kerana dituduh terlibat dalam kejadian rompakan, menulis surat kepada anaknya.
Bunyi begini:
"Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?
Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.
Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.
Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Ajoi, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"
Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka."
Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.
Pintu Kayu Durian
8 months ago