Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami: Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural".
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural".
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural.
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.

Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju... terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr aku.........!!"

Zaman sekarang  ni setiap orang mcm mudah2 je dapat penyakit. Sebabnya punca kepada penyakit sentiasa berlegar di sekeliling kita. Kuman ada merata2..Padanlah dengan muka manusia. Huu... Teringatkan kawan kepada suami saya di hospital sekarang. Ada 9 orang anak dan terkini dijangka bulan ni akan dapat RM 200k jugak atas hasil kerja dia.

Tapi  kelihatannya wang itu dah takde nilainya lagi. Kaki kiri dia dah dipotong. Tapi bukanla sebab kanser. Saya tumpang terkejut kerana seminggu dua sebelum tu saya asyik leterkan suami sbb kawan dia ni asyik cari dia aje..Actually bukan la saya  tak bagi dia berkawan saje je nk bagi dia rasa serba salah tinggalkan kami anak beranak kat rumah..ahaks...

10 Amaran Kanser:
1. Luka yang tidak sembuh, berubah warna dan kelihatan pelik
2. Pendarahan  atau discaj dari mana-mana lubang daribody kita mcm dari lubang hidung, kencing berdarah atau datang haid yg heavy
3. Terjadi pembengkakan yang semakin membesar tak kira la sakit ke tak.
4. Susah nak hadam makanan atau susah nak menelan
5. Perubahan tabiat masuk ke toilet selama 2-3 bulan. Kalau biasa2 jarang tapi tiba2 jadi kerap tu jaga2 lah ye
6. Sape yg ade tahi lalat manis tu ke atau ape2 je benda atas kulit yang makin membesar juga kene perati elok2
7. Org yg tak merokok tapi serak2 suara lebih dari 2 minggu jaga lah baik2. Juga kepada  erokok yang mengalami batuk yg semakin hari semakin teruk. aha...kene lagi org merokok nih. Tak bosan ke brader??? Dah la harga rokok makin naik.
8. Kehilangan tenaga atau turun berat badan sebyk 10 % dalam tempoh 3-6 bulan. Takpun letih yang tak pasal2.
9. Sakit yang teramat2 atau ketak selesaan dalam abdomen
10. Demam yg takde puncanya. Mmg ye jugak sbb byk benda, demam la yg paling senang kena. Kadang2 demam ni adalah sebab ada penyakit lain. Demam adalah tanda pengenalan kepada kebanyakan penyakit. so, cek lah betul2.

Sekarang ni ramai yang pakai cincin, tapi ikut suka dia je. sunnah nabi jarang nak ikut.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu  pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.      


Maklumat Tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang sahaja kita dapat pahala.

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."

Subscribe to: Posts (Atom)