Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Assalamua'laikum ku memulakan bicara. Moga dirimu, sentiasa di dalam redha Ilahi walau di mana jua berada. Warkah ini ikhlas kucoretkan buat insan yang pernah kukenali yang kini jauh dariku. Namun.. kutetapkan yakinkan diri bahawa kau pastikan hadir suatu hari nanti bagi menemaniku mengharungi hidup di dunia ini yang penuh dengan pancaroba.

Kepada calon suamiku?

Usiaku kini makin bertambah dari hari ke hari?Alhamdulillah..harapanku agar tahun-tahun yang berlalu, meski pun memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghirah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya. Syukur jua kupanjatkan kerana pergaulanku tetap terjaga dan terbatas.

Aku maklum, bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. Kesemuanya membentuk suatu daftar yang panjang di dalam agenda kita. Aku yakin ketidakhadiran dirimu semata-mata kerana kesibukan dakwah adalah satu tugas yang mulia. Hanya sedikit sahaja yang terpanggil untuk ikut merasa bertanggungjawab. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon suamiku?.

Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bila kau sudah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini, yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah (semoga), maka datanglah?

Calonku.. usah dikau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau pekerjaan yang masih sambilan. InsyaAllah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya pada Allah. Jika dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalanNya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalanNya?!

Penantiaan ku kini hampir sampai di kemuncaknya...Hari demi hari yang berlalu ku lalui dengan hati yang tabah walau dijauh di sudut hatiku aku amat merindui dirimu....Detik pertemuan yang kita impikan semakin hampir...

Banyaklah berdoa calon suamiku, di manapun engkau berada. Insyallah, doaku sentiasa menyertai segala usahamu?

Semoga Allah memberkatimu??.

Ikhlas dari:
Calon isterimu......

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

MORAL CERITA

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang ...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan biskut orang dulu.

Moral 4: Klo dah makan biskut tu, offer le kat org sebelah...

Dear Tech Support Team:


Last year I upgraded from Girlfriend 5.0 to Wife 1.0.


I soon noticed that the new program began unexpected child-processes that took up a lot of space and valuable resources.
In addition, Wife 1.0 installed itself into all other programs and now monitors all other system activities.


Applications such as BachelorNights 10.3, Cricket 5.0, BeerWithBuddies 7.5, and Outings 3.6 no longer runs, crashing the system whenever selected. I can't seem to keep Wife 1.0 in the background while attempting to run my favorite applications.


I'm thinking about going back to Girlfriend 5.0 , but the '
uninstall ' doesn't work on Wife 1.0.


Please help!


Thanks,
"
A Troubled User "



REPLY:



Dear Troubled User:


This is a very common problem that people complain about.


Many people upgrade from Girlfriend 5.0 to Wife 1.0, thinking that it is just a Utilities and Entertainment program.
Wife 1.0 is an
OPERATING SYSTEM and is designed by its Creator to run EVERYTHING !!!


It is also impossible to delete Wife 1.0 and to return to Girlfriend 5.0.


It is impossible to uninstall, or purge the program files from the system once installed.


You cannot go back to Girlfriend 5.0 because Wife 1.0 is designed not to allow this. (Look in your Wife 1.0 Manual under Warnings-Alimony-Child Support) .


I recommend that you keep Wife1.0 and work on improving the environment.


I suggest installing the background application "
Yes Dear" to alleviate software augmentation.


The best course of action is to enter the command
C:\APOLOGIZE because ultimately you will have to give the APOLOGIZE command before the system will return to normal anyway.


Wife 1.0 is a great program, but it tends to be very high maintenance. Wife 1.0 comes with several support programs, such as Clean 2.5, Sweep 3.0, Cook 1.5 and DoLaundry 4.2. However, be very careful how you use these programs. Improper use will cause the system to launch the program NagNag 9.5 .


Once this happens, the only way to improve the performance of Wife 1.0 is to purchase additional software. I recommend
Sarees 2.1 and Jewellery 5.0


STATUTORY WARNING : DO NOT, under any circumstances, install SecretaryWithShortSkirt 3.3. This application is not supported by Wife 1.0 and will cause irreversible damage to the operating system.


Best of luck,
Tech Support ...

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

Subscribe to: Posts (Atom)