Himpunan Forwarding Email

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho



Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.                                  
                                                                                                 

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.                                                        


Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya.
Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.                                                                          
                                                                                                 

Begitulah cantiknya kejadian Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengetahui sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.      
                                                                                                 

Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah.  
Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.                                    
                                                                                                 

Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu, air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah berhenti amalkan pemakanan yang tidak sihat ini.                                                            
                                                                                                 

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??                                                              
                                                                                                 

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.
                       
                                                                                                 

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar
janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food dan sebagainya.

Wallahualam

Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru.

Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!!

Kebahagian keluarga.....

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah... bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat ...kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan!!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi...Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan...

Laa....hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr...

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan
.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW (Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. (Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, meludahlah selalu ke sebelah kiri.

Wallahualam.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Subscribe to: Posts (Atom)